• Tingkat 12-15, Blok A, Menara Kinabalu.
  • jpan@sabah.gov.my

Isnin - Jumaat : 8.00 Pagi - 5.00 Petang

icon

Perlu bantuan? hubungi kami

088 368600

Berita

Program Roadshow BKNS bersama Jawatankuasa Zon Tengah Semenanjung Siri 2

11 Jun 2024 09:00 Am Dewan Kuliah UiTM Puncak Alam, Selangor Event

11 JUN - Program Roadshow BKNS bersama Jawatankuasa Zon Tengah Semenanjung Malaysia telah berlangsung dengan jayanya pada 8 Jun 2024, 9:00 pagi. Progaram anjuran Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) ini, dihadiri seramai 275 pelajar anak Sabah dan bertempat di, Dewan Utama ICC, UIAM. Roadshow kali ini dihadiri oleh YB. Datuk Dr Haji Arifin bin Datuk Haji Mohd Arif, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap exco Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Zainudin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa BKNS dan Ahli jawatankuasa BKNS yang turut hadir ialah YBhg. Datuk Hajah Diyanah Abdullah, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran), YBhg. Datuk Norlija @ Norlijah binti Danin, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Puan Bahiwata S. Mulia, Pengurus Kumpulan Bahagian Pendidikan Yayasan Sabah, Tn. Ramlan Awang Ali Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Tuan. Hj Mohd Sidek bin Awang Adi. KPSU kanan pejabat tugas-tugas khas dan Tn. Ismail Mohd Adnan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Baitulmal sabah. Turut hadir Datuk Malai bin Malai Ahmad Timbalan yang dipertua majlis Ugama Islam dan Puan Emas Sanjongan Datu Okar, Pengarah Bahagian Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah serta 3 orang Pegawai BKNS sebagai urus setia program tersebut. Turut hadir Pegawai UIAM, Anas Bin Shamsudin, Director, Student Affairs and Development Division, Dr. Mohd Syarqawy Bin Hamzah, Head, Student Affairs and Development Division, Tuan Anuzi Bin Nik Him, Advisor, Kelab Sahabat Anak Malaysia (KSAM), Muhammad Saifurrijal Bin Zaini, Head of the Student Financial & Scholarship Department, Ilmyzat Bin Ismail, Director ALUMNI.

Event Event Event