• Tingkat 12-15, Blok A, Menara Kinabalu.
  • jpan@sabah.gov.my

Isnin - Jumaat : 8.00 Pagi - 5.00 Petang

icon

Perlu bantuan? hubungi kami

088 368600

Mengenai PTPS

Mengenai Portal

Selamat datang ke PTPS

Portal Tajaan Pendidikan Sabah (PTPS) merupakan inisiatif baharu di bawah hala tuju Sabah Maju Jaya untuk memperkasa bantuan kepada anak-anak Sabah, terutama yang melanjutkan pengajian ke peringkat Pengajian Tinggi. PTPS berfungsi sebagai portal bersepadu yang menyelaraskan badan penaja dan pemberi bantuan, serta menjadi platform rasmi bagi para pelajar untuk memohon tajaan pendidikan. Portal ini melibatkan kerjasama antara badan-badan penaja utama seperti Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri, Kumpulan Yayasan Sabah, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS), Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan (Tugas-tugas Khas), dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah.

Portal ini menyediakan kemudahan bagi pelajar untuk mengemukakan permohonan secara atas talian di mana saja. Diharap, portal ini akan menyelaraskan proses permohonan dengan lebih efisien dan memberi manfaat kepada para pelajar Sabah.

About
01

Visi

Menjadi platform utama untuk pembangunan modal insan terbaik di Sabah.

02

Misi

03

Objektif

Memastikan anak-anak Sabah mendapat akses pendidikan tanpa halangan kewangan dan menyediakan infrastruktur serta kemudahan yang diperlukan untuk semua peringkat pendidikan