
BKNS menawarkan tajaan seperti Anugerah Biasiswa Tuan Yang Terutama yang Dipertua Negeri Sabah (TYT), Biasiswa Cemerlang dan Biasiswa Perdana untuk mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana.
Yayasan Sabah menawarkan tajaan Dermasiswa/Biasiswa/Pinjaman Pengajian Tinggi yang mengikuti pengajian di peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) bagi sesi pengajian 2025.
Tajaan seperti Dermasiswa Pengajian Tinggi MUIS untuk pelajar-pelajar yang mengikuti bidang pengajian selain pengajian Islam, serta Bantuan Yuran Pendaftaran Awam dan Tiket Penerbangan (One Off).
Bantuan Awal Pendidikan untuk pelajar-pelajar dari Negeri Sabah yang melanjutkan pengajian di IPTA, Politeknik, Matrikulasi, dan peringkat Sijil.
Tajaan bantuan seperti Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI), Bantuan Ihsan Komputer 2.0 (BAIK) dan Subsidi Kapal Terbang (Subfly).