• Tingkat 12-15, Blok A, Menara Kinabalu.
  • jpan@sabah.gov.my

Isnin - Jumaat : 8.00 Pagi - 5.00 Petang

icon

Perlu bantuan? hubungi kami

088 368600

Berita

Program Roadshow BKNS bersama Jawatankuasa Zon Tengah Semenanjung Siri 2

11 Jun 2024 09:00 Am Dewan Kuliah UiTM Puncak Alam, Selangor Event

11 JUN - Program Roadshow BKNS 2024 di Zon Tengah Semenanjung Malaysia Siri 2 berlangsung dengan jayanya pada 9 Jun 2024, 9:00 pagi. Progaram anjuran Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) ini, dihadiri oleh 130 pelajar anak Sabah dan bertempat di, Dewan Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) UPM. Roadshow kali ini dihadiri oleh YB. Datuk Dr Haji Arifin bin Datuk Haji Mohd Arif, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap exco Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Zainudin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa BKNS dan Ahli jawatankuasa BKNS yang turut hadir ialah YBhg. Datuk Hajah Diyanah Abdullah, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran), YBhg. Datuk Norlija @ Norlijah binti Danin, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Puan Bahiwata S. Mulia, Pengurus Kumpulan Bahagian Pendidikan Yayasan Sabah, Tn. Ramlan Awang Ali Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Tuan. Hj Mohd Sidek bin Awang Adi. KPSU kanan pejabat tugas tugas khas dan Tn. Ismail Mohd Adnan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Baitulmal sabah.

Turut hadir Tn. syahrin bin Samsir, Tsut Ksti dan Puan Emas Sanjongan Datu Okar, Pengarah Bahagian Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah serta 3 orang pegawai BKNS sebagai urus setia program tersebut. Turut hadir pegawai Universiti Prof. Madya. Dr. Amini Amir bin Abdulah, Timbalan Komander Kor Siswa UPM merangkap Pengerusi Jemaah Pengetua Kolej kediaman UPM.

Event Event Event