• Tingkat 12-15, Blok A, Menara Kinabalu.
  • jpan@sabah.gov.my

Isnin - Jumaat : 8.00 Pagi - 5.00 Petang

icon

Perlu bantuan? hubungi kami

088 368 600

Jenis Tajaan

TAJAAN PENGAJIAN TINGGI BKNS 2024

Kerajaan Negeri Sabah mempelawa permohonan Biasiswa untuk mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana. Syarat utama permohonan ialah pemohon dan ibu bapa hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah; sama ada kedua-dua ibu bapa berasal dari Sabah, atau salah seorang daripada ibu bapa berasal dari Sabah

BIDANG KURSUS

STEM (Science, Technology, Engineering, and Mathematics), Sastera Ikhtisas, Sains Sosial dan Sains Gunaan


*BKNS akan membiayai Yuran Pengajian mengikut kadar Universiti Awam (UA) Sahaja. (Pengajian tanpa subsidi yuran adalah tidak ditaja) manakala, kadar yuran pengajian di Government-Linked Universities (GLU) adalah tertakluk kepada inbois yang dikeluarkan oleh GLU.

KELAYAKAN UMUR
1. Diploma : Tidak melebihi 20 Tahun
2. Sarjana Muda : Tidak melebihi 25 Tahun
2. Sarjana : Tidak melebihi 30 Tahun
CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah melalui sistem ‘online’ di Portal Tajaan Pendidikan Sabah, https://ptps.sabah.gov.my. Pemohon perlu mendaftar e-mel peribadi yang aktif.

PERHATIAN
1. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Julai 2024. Permohonan selepas tarikh tersebut TIDAK akan dipertimbangkan.
2. Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat seperti yang ditetapkan TIDAK akan dipertimbangkan.
3. Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui e-mel pelajar.
4. Permohonan dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tidak mendapat jawapan selepas 30 September 2024.

Tajaan ini dikhususkan untuk pelajar yang memperolehi keputusan PNGK/CGPA 4.0.

Peringkat Pengajian : Sarjana Muda
Kelayakan Akademik : Matrikulasi / Pra-U / Asasi / ‘A’ Level
Tempat Pengajian : Luar Negara

Tajaan ini dikhususkan untuk pelajar yang memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 4.0. Kelayakan ini haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf.

Peringkat Pengajian : Sarjana Muda
Kelayakan Akademik : Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
Tempat Pengajian : Dalam Negari dan Luar Negara
Peringkat Pengajian : Diploma
Kelayakan Akademik : Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya 5 Kredit dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang dipohon. Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar.
Tempat Pengajian : Institut Pengajian Tinggi Tempatan

Peringkat Pengajian : Sarjana Muda
Kelayakan Akademik : Lulus Diploma / Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia(STPM) / Matrikulasi / Asasi / Foundation / A-Level dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.0 Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya Jayyid.
Tempat Pengajian : Institut Pengajian Tinggi Tempatan

Peringkat Pengajian : Sarjana
Kelayakan Akademik : Lulus Sarjana Muda dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
Tempat Pengajian : Institut Pengajian Tinggi Tempatan

Peringkat Pengajian : Perubatan
Kelayakan Akademik : Kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.8 di peringkat STPM/ Diploma/ Matrikulasi. Tawaran Biasiswa hanya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negeri sahaja
Tempat Pengajian : Institut Pengajian Tinggi Tempatan

Tajaan dermasiswa dikhususkan kepada pelajar yang mengikuti kursus persijilan di Kolej Teknologi Yayasan Sabah, kursus diploma di Politeknik dan kursus diploma dan ijazah di UiTM.
Kelayakan minima lepasan SPM 3 kredit termasuk Bahasa Melayu.

Kursus : Sijil/Asasi/Diploma/Ijazah
Tempat Pengajian : Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS), Politeknik, UiTM

Pinjaman Pengajian ditawarkan kepada pemohon yang mengikuti kursus yang tidak tersenarai di dalam kursus Dermasiswa/Biasiswa Yayasan Sabah.

Tajaan ini dikhususkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Ijazah di IPTA.