• Tingkat 12-15, Blok A, Menara Kinabalu.
  • jpan@sabah.gov.my

Isnin - Jumaat : 8.00 Pagi - 5.00 Petang

icon

Perlu bantuan? hubungi kami

088 368600

Jenis Tajaan

INISIATIF BANTUAN PENDIDIKAN KERAJAAN NEGERI SABAH

BANTUAN TUNAI PENDAFTARAN IPT SECARA ONE-OFF
Kriteria
Bantuan ini terbuka kepada para pelajar sepenuh masa bagi kemasukan kali pertama bagi tahun semasa di IPT seluruh Malaysia atau luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
Bantuan sebanyak RM1,500.00 bagi peringkat Diploma, Asasi atau Matrikulasi. Manakala RM2,000.00 untuk Ijazah Sarjana Muda.
Pemohon adalah warganegara Malaysia berasal dari Sabah. Ibu, bapa atau penjaga pemohon adalah golongan B40 atau M40.
Pemohon hendaklah mendapat pengesahan pelajar atau pengesahan telah berdaftar di IPT.
Amaun
1. Diploma : RM 1500
2. Ijazah Sarjana Muda : RM 2000
BANTUAN IHSAN KOMPUTER 2.0 (BAIK)
Kriteria
Bantuan ini terbuka kepada pelajar - pelajar IPTA/S berstatus bumiputera berasal dari sabah yang memerlukan komputer untuk tujuan pembelajaran
Bantuan ini hanya untuk satu ketua isi Rumah (KIR) sahaja.
Ibu dan bapa atau penjaga dalam golongan B40 (pendapat isi rumah RM 4,850.00 atau ke bawah) atau tergolong dalam E - Kasih.
Memberi justifikasi keperluan komputer riba.