• Tingkat 12-15, Blok A, Menara Kinabalu.
  • jpan@sabah.gov.my

Isnin - Jumaat : 8.00 Pagi - 5.00 Petang

icon

Perlu bantuan? hubungi kami

088 368600

Jenis Tajaan

IKLAN TAWARAN TAJAAN PENGAJIAN TINGGI KUMPULAN YAYASAN SABAH 2024

Tajaan ini dikhususkan untuk pelajar yang memperolehi keputusan minima 5A+ termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM 2023.

Kursus : Matrikulasi / Pra-U / Asasi /‘A’Level / Diploma / Ijazah
Tempat Pengajian : Dalam Negara / Luar Negara (bagi luar negara, keutamaan kepada pelajar yang mengikuti Program Berkembar(TTP))

Tajaan ini dikhususkan untuk pelajar yang memperolehi keputusan minima 5A termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM 2023.

Kursus : Matrikulasi / Pra-U / Asasi / Diploma / Ijazah
Tempat Pengajian : Dalam Negara (IPTA)

Tajaan ini dikhususkan kepada pelajar yang mendapat tawaran belajar atau sedang belajar di IPTA/IPTS tetapi tertakluk kepada kursus-kursus dinyatakan.
Kelayakan minima 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM.

Peringkat Pengajian : Diploma dan Ijazah
Kursus : Pertanian, Veterinar, Perakaunan, Seni Bina, Ukur Bahan, Keusahawanan, Pergigian, Pengajian Islam
Tempat Pengajian : IPT Tempatan

Tajaan ini dikhususkan kepada pelajar yang mendapat tawaran belajar dalam jurusan kejuruteraan yang dinyatakan di Universiti Malaysia Pahang.
Kelayakan minima CGPA 3.00 dalam peperiksaan peringkat Asasi Sains.

Peringkat Pengajian : Ijazah
Kursus : Kejuruteraan Mekatronik, Kejuruteraan Automotif,
Kejuruteraan Perniagaan dan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Tempat Pengajian : Universiti Malaysia Pahang (UMP) (Program Kerjasama Jerman)
Kursus : Kejuruteraan Kimia
Tempat Pengajian : Universiti Malaysia Pahang (UMP) (Program Kerjasama China)

Tajaan ini dikhususkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian dalam jurusan Pengajian Islam (Indonesia dan Mesir) dan jurusan Perubatan (Indonesia).
Kelayakan minima Sijil Penuh dalam peperiksaan STAM (sekurang-kurangnya Jaid Jiddan/Sangat Baik) dan/atau memperoleh sekurang-kurangnya 4 kredit termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Pendidikan Al Quran & Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah dalam peperiksaan SPM serta mendapat surat tawaran dari Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) bagi pelajar yang ke Timur Tengah.

Peringkat Pengajian : Ijazah
Tempat Pengajian : Universiti di Indonesia dan Mesir

Tajaan ini dikhususkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian dalam jurusan komputer dan informatik pada peringkat sarjana di Universiti Malaysia Sabah.

Tajaan ini dikhususkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian dalam jurusan Perubatan Veterinar di Universiti Malaysia Kelantan.

Peringkat Pengajian : Ijazah
Tempat Pengajian : Universiti Malaysia Kelantan

Tajaan ini dikhususkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian dalam jurusan Seni Bina di University College Sabah Foundation (UCSF).
Kelayakan minima 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM.

Peringkat Pengajian : Diploma/Ijazah
Tempat Pengajian : University College Sabah Foundation (UCSF)

Tajaan ini dikhususkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian dalam jurusan Binaan Bangunan di Kolej Teknologi Yayasan Sabah.
Kelayakan minima 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM.

Peringkat Pengajian : Diploma
Tempat Pengajian : Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS)

Tajaan ini dikhususkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian dalam jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Kolej Teknologi Yayasan Sabah.
Kelayakan minima 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM.

Peringkat Pengajian : Diploma
Tempat Pengajian : KOlej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS)

Tajaan ini dikhususkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian peringkat sarjana dan Phd di IPTA.

Tajaan ini dikhususkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian dalam jurusan Pelancongan dan Perhotelan di University College Sabah Foundation.
Kelayakan minima 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM.

Peringkat Pengajian : Diploma/Ijazah
Tempat Pengajian : University College Sabah Foundation (UCSF)

Tajaan ini dikhususkan kepada pelajar yang mengikuti kursus Asasi Sains di Kolej Teknologi Yayasan Sabah.
Kelayakan minima 5 kredit termasuk Bahasa Melayudalam peperiksaan SPM.

Tajaan ini dikhususkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian dalam jurusan Ulum Islamiah di Mesir. Kelayakan minima Sijil Penuh dalam peperiksaan STAM (sekurang-kurangnya Jaid Jiddan/Sangat Baik) dan/atau memperoleh sekurang-kurangnya 4 kredit termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Pendidikan Al Quran & Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah dalam peperiksaan SPM serta mendapat surat tawaran dari Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT).

Peringkat Pengajian : Ijazah
Tempat Pengajian : Universiti Al-Azhar, Mesir

Tajaan ini dikhususkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian dalam jurusan Perubatan di universiti Mesir. Kelayakan minima CGPA 3.00 dalam peperiksaan PreMedic/Matrikulasi serta mendapat surat tawaran dari Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT).

Peringkat Pengajian : Ijazah
Kursus : Perubatan (Mesir)/td>
Tempat Pengajian : Universiti Al-Azhar, Mesir. Universiti Alexandria, Mesir.

Tajaan ini dikhususkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian dalam jurusan Perubatan di Kursk State Medical University Russia. Kelayakan minima CGPA 3.5 dalam peperiksaan Matrikulasi.

Peringkat Pengajian : Ijazah
Tempat Pengajian : Kursk State Medical University Russia.

Tajaan berbentuk tiket penerbangan pergi & balik setelah tamat pengajian dan bantuan one-off dikhususkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Albukhary International University (AIU)

Peringkat Pengajian : Asasi dan Ijazah
Tempat Pengajian : Albukhary International University (AIU)

Tajaan dermasiswa dikhususkan kepada pelajar yang mengikuti kursus persijilan di Kolej Teknologi Yayasan Sabah, kursus diploma di Politeknik dan kursus diploma dan ijazah di UiTM.
Kelayakan minima lepasan SPM 3 kredit termasuk Bahasa Melayu.

Kursus : Sijil/Asasi/Diploma/Ijazah
Tempat Pengajian : Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS), Politeknik, UiTM

Pinjaman Pengajian ditawarkan kepada pemohon yang mengikuti kursus yang tidak tersenarai di dalam kursus Dermasiswa/Biasiswa Yayasan Sabah.

Tajaan ini dikhususkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Ijazah di IPTA.

Tajaan ini dikhususkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Ijazah di IPTS.

Tajaan ini dikhususkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian peringkat Diploma di Kolej Teknologi Yayasan Sabah.

Tajaan ini dikhususkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Ijazah di University College Sabah Foundation.

Tajaan ini dikhususkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Ijazah di universiti negara Asean dan Timur Tengah.
Perlu mendapat surat tawaran dari Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) bagi pelajar yang melanjutkan pengajian ke Timur Tengah.

Tajaan ini dikhususkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian peringkat Diploma, Ijazah, Sarjana dan Phd di IPTA dan IPTS.

Tajaan ini dikhususkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian peringkat Diploma, Ijazah, Sarjana dan Phd di universiti Luar Negara.

Yayasan Sabah mempelawa pemohon yang berkelayakan untuk memohon tajaan Dermasiswa/Biasiswa/Pinjaman Pengajian Tinggi yang mengikuti pengajian di peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) bagi sesi pengajian 2024.

Kriteria pemohon adalah seperti berikut:

(i) Pemohon, ibu dan bapa warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah; atau
(ii) Pemohon, ibu dan bapa warganegara Malaysia tetapi salah seorang ibu atau bapa berasal dari Negeri Sabah; atau
(iii) Pemohon, ibu atau bapa warganegara Malaysia tetapi salah seorang ibu atau bapa mempunyai status Penduduk Tetap di Negeri Sabah.


*Keutamaan diberikan kepada mereka yang berasal dan menetap di Negeri Sabah.

KELAYAKAN UMUR
1. Sijil/Diploma/Ijazah - tidak melebihi 35 Tahun
2. Sarjana/PhD - tidak melebihi 45 Tahun
CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah melalui sistem ‘online’di Portal Tajaan Pendidikan Sabah, https://ptps.sabah.gov.my. Pemohon perlu mendaftar e-mel peribadi yang aktif.

PERHATIAN
1. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Julai 2024. Permohonan selepas tarikh tersebut TIDAK akan dipertimbangkan.
2. Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat seperti yang ditetapkan TIDAK akan dipertimbangkan.
3. Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui e-mel pelajar.
4. Permohonan dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tidak mendapat jawapan selepas 30 September 2024.